Monday, August 16, 2010

salam ramadhan

Assalammualaikum...w.b.t.

Alhamdullillah kehadrat Ilahi kerana kita sudah pun melangkah hari yang ke 6 umat Islam berpuasa. Memang tidak rasa pun masa itu berlalu begitu pantas sekali, saya merasakan baru semalam kita mula berpuasa. Alhamdulillah saya masih berpuasa, esok atau lusa belum tentu lagi kita berada di dunia dan bernafas seperti biasa.

Dari penglihatan saya, tahun ini terasa sikit dugaan yang Maha dasyat dari seluruh dunia, kita lihat sahaja di negara-negara lain seperti pakistan, china dan lain-lain, dengan banjir serta ribut yang melanda. Subhanallah sungguh dasyat sekali beratus-ratus orang mati dalam sekelip mata akibat bencana yang diturun kan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Ini adalah salah satu kekuasaan Allah untuk menunjukkan betapa Allah itu maha berkuasa. Dengan musibah seperti ini, Allah mengingatkan kita supaya ingat kepadaNYA dan bertaubat sebelum terlambat.

Bukan sahaja di luar negara malah baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita ribut yang melanda di negara kita sendiri seperti di jasin melaka, jalan klang lama dan sekitar lain. Adakah ini peringatan dari Allah supaya kita jangan lalai..? begitu juga kes-kes pembuangan bayi semakin berleluasa di sana sini tanpa ada sedikit pun perasaan kasihan dan perikemanusiaan terhadap bayi yang masih kecil. Kes pembunuhan juga kita lihat di dada-dada akhbar setiap hari mesti ada kes pembunuhan. Subhanallah.. Allahuakbar.. inilah tanda-tanda akhir zaman. Itu tidak lagi kes rogol kanak-kanak, rogol anak sendiri, mencabul kehormatan wanita, kes penderaan, kes suami memukul isteri, suami bunuh isteri, dan terbaru ini suami simbah asid pada isteri... Allahuakbar.. sudah hilangkah pertimbangan manusia sekarang ini? dimanakah akal dan kewarasan manusia ini? 
Dimana silap kita dan siapakah harus dipersalahkan dalam semula hal jenayah yang berlaku di negara kita ini..? dulunya aman dan damai tapi tidak lagi sekarang ini. 

Moga di bulan yang mulia dan diberkati ini, nasihat untuk diri saya sendiri, harap saya akan melangkah ke jalan yang lebih baik untuk mencari keredhaan Ilahi. amin..

salam ramadhan,
rainie~noe  =)





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails