Tuesday, August 31, 2010

mandi wajib

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Sunday, August 29, 2010

resepi oh resepi



koleksi pelbagai resepi di  ilhamku noerainie

Friday, August 27, 2010

paderi melayu yang baru tiba dari singapura berada di sini sekarang

BENAR ATAU TIDAK SAYA TIDAK PASTI, TETAPI ARTIKEL INILAH YANG MASUK KE DALAM MAILBOX SAYA....MUDAH2AN MENJADI PERINGATAN BUAT KITA SEMUA...

PLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG.


MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:-

1.AL -BARAMKAH

2.AL-MANSORI

3.AL-BISTARIA

P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN BERPESAN-PESAN PADA KEBENARAN .. SEMOGA DIBERKATI ALLAH SWT.


sumber dari  BUJANG SUSAH

Gadis bertudung persenda zikir


Ya Allah betapa tergurisnya hati saya bila melihat video diatas. Wanita Bertudung tetapi mempersendakan zikir. Layakkan mereka memegang status muslimah jika begini lagaknya? Sekali imbas tiada bezanya mereka dengan golongan kafir yang mempersendakan solat dan azan.Apa perasaan anda bila melihat klip video di atas?Apapun saya mendoakan agar mereka segera menyesali dan bertaubat nasuha.

sumber dari youtube..

Wednesday, August 25, 2010

perempuan buruk perangai..

Apa nak jadi dengan perempuan zaman sekarang ni dah tak ada langsung perasaan malu.. macam-macam posing ambil gambar sampai dalam tandas pun nak bergambar..?? tengah berak plak tu.. kalau pun nak ambil gambar dalam jamban sekali pun jangan lah sampai tunjuk kat public.. tak senonoh betul la perempuan ni... buat malu kaum perempuan saja.. aku tak pasti la apa agama dan bangsa perempuan ni... Subhanaallah...



nak tengok gambar lebih jelas... tengok je kat GAMBAR BERAK

Resepi # Udang Lemak Nanas

Bahan-bahan :
 -10 ekor udang besar
-8 keping nanas

Bahan A :
-130 ml santan
-Gula  dan garam secukup rasa

Bahan Rempah :
-20 gram sili kering
-30 gram lengkuas
-10 gram serbuk kunyit
-4 batang serai
-1 sudu besar belacan

Cara membuat :
  1. tumis rempah yang telah di kisar sehingga naik bau.
  2. masukkan bahan A dan masak dengan api kecil. Apabila  sudah  mendidih, masukkan udang dan nanas lalu masak selama 2 minit.
resepi mudah dan ringkas... dari saya rainienoe..

P/S :-  GAMBAR AKAN MENYUSUL..

Tuesday, August 24, 2010

Kisah terjadinya pembuangan bayi..



Apa dah jadi.. nasi sudah menjadi bubur....

kartunis by aizbatucampur..

Anak Derhaka

Aku sedih sangat tengok video ni..  derhakanya anak mak cik tu... :-(



Penggantungan sijil pengesahan Halal syarikat QBI Packaging sdn. bhd

JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Sekian, terima kasih.



sumber dari  JAKIM

Status halal jenama Saudi diragui

Ada lagi makanan yang meragukan status halal.. tidak kiralah apa pun jenis makanan, buatan, asalnya dari mana dan kandungannya apa, yang pasti kita sentiasalah berhati-hati memilih makanan apa yang hendak kita makan.. Pastikan status halalnya betul-betul halal dan lihat dulu logo halal barangan/makanan sebelum membuat keputusan hendak membeli... tidak kiralah barangan/makanan tu jenama islam atau pun bukan..

Hah.. yang ni betul-betul di Malaysia... lihat betul-betul ejaan logo halal tu.. dan tengok jenama apa pada pack makanan tu... sendiri lihat, sendiri nilaikan...


p/s:- aku cuma sebarkan apa yang aku lihat....

Berhati-hati dengan minuman anak2 anda

                               CAP: Haramkan minuman ringan beralkohol. Foto: K.Ganeson

GEORGE TOWN, 24 Ogos (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan berakohol yang menggunakan label buah-buahan.

Presidennya S.M Mohamed Idris berkata minuman ringan itu didapati mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus dan ia dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam dan bebas dibeli oleh golongan remaja dan kanak-kanak.

"Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak sedangkan kandungan alkohol 5.5 peratus itu adalah tinggi dan tidak wajar dijual kepada kanak-kanak," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau mendakwa maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca, membuatkan pengguna menyangka ia adalah minuman ringan berperisa buah-buahan.

Kerajaan harus memandang serius penjualan minuman itu kerana undang-undang negara dengan jelas menyatakan penjualan minuman alkohol adalah dilarang kepada golongan berumur bawah 18 tahun, katanya.

Idris berkata CAP menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan anak mereka mula menggemari minuman ringan beralkohol itu.
 
info dari  ikutsukaaku  dan  BERNAMA

Monday, August 23, 2010

Himpunan Doa-doa

Babi biri-biri

Keliru nih, kawe rasa pening. APa akan jadi kalau ada produk bulu babi macam ni. Macamana nak tahu dan nak bezakannya dengan bulu biri-biri? JAKIM kena bertindak cepat. Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria ini mungkin bulunya sudah dijadikan fabrik pakaian. Entah-entah sudah kita pakai. JAKIM, perlu mainkan peranan dengan menjalankan pemeriksaan terhadap semua fabrik yang melibatkan bulu yang ada di Malaysia. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan orang muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati semua. Kawe harap selepas ini nak membeli sebarang fabrik bulu biri-biri kena hati-hati takut yang dibeli bulu menatang ni!!!







info dari  BUJANG SUSAH

Rezeki masuk bulan ramadhan

Alhamdulillah.. 
Bulan puasa ni aku sebok nak menyiapkan tempahan pakaian dari pelangan.. nak raya katakan masing-masing nak baju baru bila time nak raya...

Sampai sakit pinggang nak menyiapkan pakaian orang.. bila orang dah amanahkan aku kena buat yang terbaik.. menjahit itulah pendapatan aku... alhamdulillah ada kemahiran menjahit.. menjahit ni seronok sebab apa je fesyen dan gaya boleh jahit sendiri.. kos pun tersangatlah jimat.. tak payah nak tempah kat orang, kalau tempah dah berganda kosnya.. selalunya lebih kos mengupah menjahit dari harga kain ela.. jika beli kain ela yang murah harga RM15  4meter yang dah siap potong tu, paling busuk pun tempah baju kurung zaman sekarang ni RM30 sepasang.. belum lagi fesyen kebaya, upahnya lagi lebih ikut harga semasa.. kan dah lebih kos.. so, untung kalau boleh menjahit sendiri...

Biasanya kalau dah namanya tukang jahit, baju sendiri mesti tak siap atau last minit nak raya baru siap... keadaan tu biasa bagi tukang jahit.. Tahun ni aku raya pakai jubah arab dari mekah.. =)
...alhamdulillah rezeki aku masuk bulan ramadhan ni...

Sunday, August 22, 2010

Senarai barangan yang tidak halal

MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN HARAM DAN
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

-MINYAK MASAK LAM SOON (CAP HELANG & BURUH)
-UBAT PEARL CREAM ARCHE (THAILAND)
-AJINOMOTO (THAILAND)
-AIS KRIM RM1.00 KR ATAS
-SEMUA TAUHU BUATAN ORANG CINA
-SABUN LUX & LOTION BADAN BUATAN MALAYSIA, USA & THAILAND
-SABUN FAB BERBUKU
-LOBAK JERUK
-MEE & KUETEOW BASAH BUATAN ORANG CINA
-KRIM MUKA HAZELINE SNOW
-SEMUA JENIS SERBUK MEE SEGERA TERUTAMA MAGGI
-PUCUK, KULIT POPIA, FISH CAKE & BEBOLA IKAN BUATAN ORANG CINA
-DAGING BURGER IMPORT
-SARDIN, KARI AYAM DALAM TIN YONG TAU FU BUATAN ORANG CINA
-KASUT BOLA JENIS 'GOLD CUP'
-BERUS GIGI 'REACH'
-MEE KERING (SANGGOL)
-MEE REBUS TULANG & KIUB PERASA AYAM
-SEMUA SABUN MANDI YANG DIIMPORT
-AJINOMOTO KECUALI KELUARAN KILANG LOT 5710 JALAN KUCHAI LAMA KL
-SEMUA JENIS SHAMPOO KECUALI KELUARAN ORANG ISLAM
-HAVE PEARL CREAM
-RAMUAN KENTUCKY FRIED CHICKEN & MC DONALD
-UBAT KURAP BUATAN ORANG CINA
-BEEHON SEGERA SIAM
-SABUN MANDI YANG BERMINYAK
MENGANDUNGI ALKOHOL DAN UNSUR-UNSURNYA
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL DAN UNSUR-UNSURNYA

-BARANG AVON KESELURUHANNYA
-PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
-MINYAK RAMBUT BRYLCREM (HIJAU)
-RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI, SHELTOX, BAYGON & MORTIN
-SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
-KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
-TONIL BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

SEMEMANGNYA BANYAK LAGI BARANGAN YANG ADA DI NEGARA KITA YANG TIDAK DIKETAHUI DENGAN JELAS, YANG PASTINYA JANGAN TERTIPU DENGAN PENGGUNAAN TANDA HALAL DI BARANGANNYA, LIHAT DAHULU DI BAHAGIAN KANDUNGANNYA SEBELUM MEMBELI...........

RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS, UNIVERSITI MALAYA, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA, MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM CAP DAN TURUT SERTA MENYEBAR, PERAKAN MALAYSIA (Badan Penyelaras Perakan Malaysia Caw. Batu Pahat, Johor)

KESAHIHAN NYA AKU PUN X PASTI. 



Kad Raya dah pupus....




Dah lama aku tak dapat kad raya, seingat aku 10tahun yang lepas meriah dengan kad raya, dalam bulan puasa mesti tunggu posmen depan pintu tiap-tiap hari. Tiap-tiap hari jugalah ada je kad raya sampai kat rumah...

Dulu sebelum ada telefon bimbit, kad raya lah jadi penganti diri untuk mengucapkan Selamat Hari Raya... seronok je bila posmen datang umah.. paling sikit pun satu hari mesti ada sekeping... itu pun dah seronok bagai nak gila... masa dulu banyak kawan dari seluruh negeri termasuklah sabah serawak yang menghatar kad raya.. ada yang kreatif buat kad sendiri, tapi bagi aku kad buat sendiri lebih bermakna dari beli kad yang dah siap di kedai-kedai.. dan sehingga hari ni aku masih simpan kad-kad dari kawan.. bila di baca semula nak tergelak pun ada sebab dulukan masa sekolah dan remaja macam-macam ayat digunakan.. teringat juga bila last ucapan mesti ada pantun 4 kerat, ringkas je.... "pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas.."  =)

itu sepuluh tahun yang lalu, kini nak dapat sekeping pun susah, memang tak de pun... huhuhu... sejak adanya teknologi canggih sekarang ni.. cara tradisional makin lama makin dilupakan.. kad raya dah jarang tengok di kedai-kedai.. ada pun yang menggunakan kad raya ni orang-orang pejabat atau ahli-ahli perniagaan... siapa yang pakai kereta mesti dapat kad raya dari kedai tayar.. hehehe.. walaupun sekali kita pergi kedai tayar tu, tiap-tiap tahun dia mesti hantar kad ucapan raya... kedai tayar Goodyear...

Zaman sekarang dah berubah, dah tak pakai kad-kad dan pos ni... buang masa dan duit je.. mana tak nya nak pergi kedai beli kad, dah beli kad nak  beli setem pula, dah beli setem, bawa balik tulis-tulis lagi, dah tulis masuk sampul nak pos pula, kalau tempat kita tinggal tu ada peti pos yang dekat tak pe lah jugak.. kalau jauh kena naik kenderaan, buang duit minyak dan tenaga.. uiii... banyak kerja tu... sekarang ni kita dah ada benda canggih macam telefon bimbit.. boleh hantar melalui SMS... SMS je tak sampai 1 saat dah sampai kat orang tu... cuma 1 sen je kalau maxis ke maxis.. cepat dan pantas.. boleh juga tulis panjang-panjang lagi tu...

Dan teknologi terbaru sekarang ni lagi best.. Internet.. owwhhh makin maju nih.. nak tulis ucapan panjang-panjang macam karangan pun boleh... gunalah email.. tulis la apa yang nak tulis..  malah macam-macam jenis ucapan boleh dihantar jika guna internet...

Aku tak tahu la 10 tahun akan datang mesti lagi canggih dari yang sekarang.. kad raya dah pun pupus masa tu... zaman anak-anak aku tak jumpa dah kad-kad raya ni..

Rindu zaman kanak-kanak dan remaja.....

Buat malu jerk...

video yang membuatkan airmata aku terkeluar dan terguling-guling...
boleh jadi terapi otak aku ni...


Saturday, August 21, 2010

aku runsing bila kenangkan pekara ini...

Pukul 5ptg... bunyi telefon bimbit mak aku, menjerit-jerit minta diangkat. Aku tengok kat screen telefon bimbit tertera nombor bekas mak mentua. Dah lama juga bekas mak mentua aku ni tak call...

Aku angkat panggilan bekas mak mentuaku.....

aku : 
"Assalamualaikum.. mak...."

m/mentua : 
Waalaikumsalam... buat apa tu..?... 

aku : 
tengah tolong mak masak.. mak apa kabar..?

m/mentua : 
mak sihat je, kenapa dah lama tak telofon mak...?

aku : 
saya sebok sikit dengan kerja.. mak buat apa tu..? sorang je ke kat rumah..?

m/mentua : 
macam ni lah hari-hari mak, tak de sape pun kat rumah yang lain semua tak balik lagi..   kamu bila  nak datang umah mak..? dah lama kamu tak datang sini...

aku :
insyaallah kalau tak de apa-apa hal, raya saya datang la umah mak, lagi pun saya tak de kenderaan nak pergi sana...

aku dan m/mentua pun sembang... bla..bla..blaaaa....

bila letak jer telefon bimbit, aku mula berfikir apa yang mak bagitahu tadi...
hah.... tak lama je lagi.. cepat betul masa berlalu dah 3 tahun lebih rupanye... aku berfikir lagi.. harapan mak mentua menggunung lagi. harapan nak satukan kami semula...

...tapi hati aku berkata... ahhh... tak mungkin akan berulang... aku tak nak benda akan terjadi lagi...

memang aku tak nafikan mak mentua seorang mak yang baik, tak pernah lagi aku jumpa mak mentua sebaik dia. Dia melayan aku lebih dari anak sendiri. Tapi apakan daya jodoh kami tak panjang. mak merayu supaya kami berbaik semula.. tapi aku dan seluruh keluarga tak dapat nak terima dia semula...

3tahun yang lalu....  
"ni salah anak mak juga, kalau dulu dia beringat dan sayangkan saya, dia tak kan buat saya macam ni... saya dah maafkan dia mak, tapi saya tak boleh terima dia semula.. apa yang dia buat saya dan keluarga saya, kami tak boleh lupakan.. harap mak juga faham keadaan saya..." 

Bila diingatkan semula kata-kata 3 tahun lalu.. aku semakin termenung.. 

Abah : 
mak mentua telefon ke..? dia nak apa..?

aku :
haah.. mak telefon, saja tanya kabar.. lepas tu mak suruh datang kat rumah dia raya nanti. raya kelima dia nak suruh saya dengan mak  pergi kajang tengok anak dia..

abah : 
ermm.. kalau pergi rumah mak tak pe lah, tapi kalau nak pergi tengok dia baik tak usah.. `kata abah lagi..'

membuatkan aku terdiam.. hati abah masih terluka... dalam hati aku berkata...  

" dapat mak mentua baik, anak pulak buat hal...kalau dulu abg tak buat pasal dan tak kena tangkap, kita dah bersama sehingga sekarang ni.. tapi aku pun salah juga kenapa mula-mula kenal dulu aku tak siasat latar belakang dia habis-habis..? ermm.. salah aku jugak.. aku tak boleh salahkan orang lain.."

sekarang nak salahkan siapa..?? akukah atau dia..??  mungkin sama-sama salah.. salah kerana tidak mengenali lebih lama untuk selidik latar belakang pasangan.. ataupun adakah ini dugaan buat aku dan dia supaya kami lebih tabah dan muhasabah diri..? ataupun ada hikmah sebalik kejadian..?atau... apa-apa jelah..??

Dan bila hari-hari yang mendatang aku lalui, aku semakin matang dan sentiasa berhati-hati untuk memilih pasangan.. tapi bila aku terlalu berhati-hati.. pintu hati ini semakin tertutup buat lelaki...
  ehh... kenapa jadi macam ni..? jangan la macam ni, aku belum ada anak lagi.. jangan la tertutup pintu hati tu.. kesian hati... tak semua la lelaki tu sama.. tapi lelaki yang tak sama tu ada ke lagi..?? kalau ada pun suami orang .... oohhh.. tidak aku bukan perampas dan meruntuhkan keluarga orang lain... aku bukan jenis macam tu tau... susah betul sekarang nak cari yang betul-betul ikhlas nakkan kita... semua hanya nak mencukupkan syarat berkahwin, tapi tak ada tanggungjawab... ermmm.. macamana ni...??  mungkin juga  aku sudah kehilangan keyakinan dan kepercayaan pada lelaki..? sebab tu aku tak da penganti...lama dah aku menyepi..? sampai bila aku nak memilih ni..? aaahhh.. umur pun makin tua.. hishh.. lagi la aku runsing... sampai bila ni...?huahuahuahua....

teringat plak entri en. mazidulakmal... "sorry, saya dah tak percaya lelaki, lelaki penipu"


comment yang terbaik

Salam... terima kasih pada pemberi komen tentang Berhati-hatilah orang islam , aku baca komen ni dari blog kawan yang telah copy paste dari entri aku dan kawan letakkan pada blog dia untuk sebaran mengenai burger king ade unsur-unsur babi...

dengan semangatnya dia "mengomen" (komen)


Apa persoalan aku adalah BURGER KING ni ada kat malaysia je ke..??? rasanya ada di negara-negara lain.. dan aku tak sebut pun gambar-gambar dalam tu dari malaysia... tengak la pada kotak tu ada perkataan US, mungkin juga barangan US... kalau orang-orang islam US makan daging burger king ni, tak ke haram juga sebab jelas ada gambar babi pada kotak tu... wallahualam...

Bila dah baca komen macam tu sah orang ni tak faham apa yang aku nak sampaikan.. aku bukan berceramah pun dalam entri aku yang lepas.. aku sekadar berkongsi info yang aku tahu untuk orang lain tahu juga.. tak salah tu kan...?? dari pandai bercakap macam ayam berkokok, tapi bila orang tu dah tahu benda tu haram dia berdiam diri. Itu lagi buruk perangai...

Dan aku rasa sikit lega bila ada orang support aku... hehehehe.. lega la jiwa dan lara aku.. ada jugak orang memahami apa yang aku sampaikan... walaupun bahasa kawan ni terkasar sedikit tapi betul apa kawan ni cakap....



Kerana entri "Berhati-hati orang islam" ni juga la ranking aku naik dengan cepatnya.. walaupun aku baru je seminggu buat blog ni... hehehe..  =8) (kembang hidung)..

"Orang tu pun balas komen kawan mungkin kerana tak puas hati.." 


Ingat kat malaysia ni tak de benda haram ker..?? dan kesimpulan aku.. jika rasa ragu-ragu baik tak payah makan.. mana yang konfiden nak makan apa-apa pun makan la.. APA YANG PENTING AKU SUKA MAKAN MASAKAN MAK AKU... MASAKAN KAMPUNG... ERMM.. BERBUKA MASAK GULAI TEMPOYAK IKAN KELI BEST NI....NYUM....NYUM... SAPE NAK MAKAN BURGER KING TU.. SILAKAN LAH... KONON-KONON STANDARD LA MAKAN BURGER... =)

rainienoe berkata => lantak la apa orang nak kata, janji aku tak kacau orang....  mood hari ni.. suam-suam kuku..;-P
Related Posts with Thumbnails