Saturday, August 21, 2010

aku runsing bila kenangkan pekara ini...

Pukul 5ptg... bunyi telefon bimbit mak aku, menjerit-jerit minta diangkat. Aku tengok kat screen telefon bimbit tertera nombor bekas mak mentua. Dah lama juga bekas mak mentua aku ni tak call...

Aku angkat panggilan bekas mak mentuaku.....

aku : 
"Assalamualaikum.. mak...."

m/mentua : 
Waalaikumsalam... buat apa tu..?... 

aku : 
tengah tolong mak masak.. mak apa kabar..?

m/mentua : 
mak sihat je, kenapa dah lama tak telofon mak...?

aku : 
saya sebok sikit dengan kerja.. mak buat apa tu..? sorang je ke kat rumah..?

m/mentua : 
macam ni lah hari-hari mak, tak de sape pun kat rumah yang lain semua tak balik lagi..   kamu bila  nak datang umah mak..? dah lama kamu tak datang sini...

aku :
insyaallah kalau tak de apa-apa hal, raya saya datang la umah mak, lagi pun saya tak de kenderaan nak pergi sana...

aku dan m/mentua pun sembang... bla..bla..blaaaa....

bila letak jer telefon bimbit, aku mula berfikir apa yang mak bagitahu tadi...
hah.... tak lama je lagi.. cepat betul masa berlalu dah 3 tahun lebih rupanye... aku berfikir lagi.. harapan mak mentua menggunung lagi. harapan nak satukan kami semula...

...tapi hati aku berkata... ahhh... tak mungkin akan berulang... aku tak nak benda akan terjadi lagi...

memang aku tak nafikan mak mentua seorang mak yang baik, tak pernah lagi aku jumpa mak mentua sebaik dia. Dia melayan aku lebih dari anak sendiri. Tapi apakan daya jodoh kami tak panjang. mak merayu supaya kami berbaik semula.. tapi aku dan seluruh keluarga tak dapat nak terima dia semula...

3tahun yang lalu....  
"ni salah anak mak juga, kalau dulu dia beringat dan sayangkan saya, dia tak kan buat saya macam ni... saya dah maafkan dia mak, tapi saya tak boleh terima dia semula.. apa yang dia buat saya dan keluarga saya, kami tak boleh lupakan.. harap mak juga faham keadaan saya..." 

Bila diingatkan semula kata-kata 3 tahun lalu.. aku semakin termenung.. 

Abah : 
mak mentua telefon ke..? dia nak apa..?

aku :
haah.. mak telefon, saja tanya kabar.. lepas tu mak suruh datang kat rumah dia raya nanti. raya kelima dia nak suruh saya dengan mak  pergi kajang tengok anak dia..

abah : 
ermm.. kalau pergi rumah mak tak pe lah, tapi kalau nak pergi tengok dia baik tak usah.. `kata abah lagi..'

membuatkan aku terdiam.. hati abah masih terluka... dalam hati aku berkata...  

" dapat mak mentua baik, anak pulak buat hal...kalau dulu abg tak buat pasal dan tak kena tangkap, kita dah bersama sehingga sekarang ni.. tapi aku pun salah juga kenapa mula-mula kenal dulu aku tak siasat latar belakang dia habis-habis..? ermm.. salah aku jugak.. aku tak boleh salahkan orang lain.."

sekarang nak salahkan siapa..?? akukah atau dia..??  mungkin sama-sama salah.. salah kerana tidak mengenali lebih lama untuk selidik latar belakang pasangan.. ataupun adakah ini dugaan buat aku dan dia supaya kami lebih tabah dan muhasabah diri..? ataupun ada hikmah sebalik kejadian..?atau... apa-apa jelah..??

Dan bila hari-hari yang mendatang aku lalui, aku semakin matang dan sentiasa berhati-hati untuk memilih pasangan.. tapi bila aku terlalu berhati-hati.. pintu hati ini semakin tertutup buat lelaki...
  ehh... kenapa jadi macam ni..? jangan la macam ni, aku belum ada anak lagi.. jangan la tertutup pintu hati tu.. kesian hati... tak semua la lelaki tu sama.. tapi lelaki yang tak sama tu ada ke lagi..?? kalau ada pun suami orang .... oohhh.. tidak aku bukan perampas dan meruntuhkan keluarga orang lain... aku bukan jenis macam tu tau... susah betul sekarang nak cari yang betul-betul ikhlas nakkan kita... semua hanya nak mencukupkan syarat berkahwin, tapi tak ada tanggungjawab... ermmm.. macamana ni...??  mungkin juga  aku sudah kehilangan keyakinan dan kepercayaan pada lelaki..? sebab tu aku tak da penganti...lama dah aku menyepi..? sampai bila aku nak memilih ni..? aaahhh.. umur pun makin tua.. hishh.. lagi la aku runsing... sampai bila ni...?huahuahuahua....

teringat plak entri en. mazidulakmal... "sorry, saya dah tak percaya lelaki, lelaki penipu"


2 comments:

  1. SALAM..Ujian hidup tak sama antara manusia..bila kita rasa sukar ada orang lain yang lebih dari itu.Kembalilah mohon petunjuk dari Allah...moga doa anda diterimanya...

    ReplyDelete
  2. wasalam.. Insyaallah, alhamdulillah... moga saya lebih bersyukur... amin...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails