Thursday, February 17, 2011

memilih pasangan yang tepat

Mencari teman untuk dijadikan pasangan seumur hidup tidak semudah memilih baju atau kasut di pasaraya. Kadangkala sudah bertahun bercinta tetapi  masih ragu-ragu apabila membuat keputusan untuk bernikah. Risau sesuaikah si dia untuk dijadikan suami atau isteri...??Disini saya menyarankan agar menghapuskan tujuh penyebab tersalah pilih pasangan.

Keputusan menikah dibuat terlalu cepat.
seharusnya kamu bersabar dan teliti dalam mengumpulkan data-data penting mengenai pasangan. Buat pilihan bijaksana dan tepat untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam kehidupan rumahtangga yang menyakitkan. jangan terlalu seronok untuk bernikah.

Keputusan dibuat pada usia muda.
Sebelum itu kamu secara individu mengembangkan identiti dan sasaran hidup kamu. Jika sudah pasti, pilih pasangan berdasarkan pada perkembangan diri kamu, termasuk dalam perkara mengenali pasangan. usia muda bukan menghalang untuk bernikah, tapi harus diingat tanggungjawab sebenarnya lebih berat untuk kita sangkakan..

kamu dan pasangan terlalu ghairah untuk menikah.
Adakah kamu sudah berfikir semasak-masaknya..? siapkan dulu diri kamu berdua dengan fikiran jernih dan terbuka. Jangan terlalu ghairah untuk bernikah sedangan diri belum siap untuk pikul apa itu makna akad nikah sebenarnya.

Kamu atau pasangan hanya memilih sekadar untuk menyenangkan seseorang..
Jangan sampai perkara seperti ini terjadi, kamu berdua akan menyesal seumur hidup. Ini biasanya terjadi kerana mahu membalas budi atau terpaksa menikah oleh orang tua. Bernikah bukanlah paksaan atau kemahuan orang lain.

Dasar pengalaman yang terlalu sempit.
Kenali dahulu pasangan dengan cara yang berbeza-beza sehingga kamu memperolehi pertimbangan. Banyakkan cara menguji pasangan supaya kamu betul-betul mengenalinya dengan lebih dekat.

Hilangkan keinginan "buruk" dalam pernikahan
Banyak pasangan bernikah kerana sesuatu perkara yang diingini di luar cinta kasih dan niat membina rumahtangga sebenar. singkirkan niat seperti; berkahwin kerana inginkan kedudukan kamu melonjak setelah berkahwin dengan orang kaya atau kamu akan mendapat harta yang banyak kerana berkahwin dengan orang tersebut.

Saling meneliti dan membuka diri
Terbukalah dan semak semua kekurangan dalam diri dan pasangan kamu. kuburkan semua kenanganlalu dan berjanjilah untuk saling memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri..

Related Posts with Thumbnails