Monday, August 23, 2010

Rezeki masuk bulan ramadhan

Alhamdulillah.. 
Bulan puasa ni aku sebok nak menyiapkan tempahan pakaian dari pelangan.. nak raya katakan masing-masing nak baju baru bila time nak raya...

Sampai sakit pinggang nak menyiapkan pakaian orang.. bila orang dah amanahkan aku kena buat yang terbaik.. menjahit itulah pendapatan aku... alhamdulillah ada kemahiran menjahit.. menjahit ni seronok sebab apa je fesyen dan gaya boleh jahit sendiri.. kos pun tersangatlah jimat.. tak payah nak tempah kat orang, kalau tempah dah berganda kosnya.. selalunya lebih kos mengupah menjahit dari harga kain ela.. jika beli kain ela yang murah harga RM15  4meter yang dah siap potong tu, paling busuk pun tempah baju kurung zaman sekarang ni RM30 sepasang.. belum lagi fesyen kebaya, upahnya lagi lebih ikut harga semasa.. kan dah lebih kos.. so, untung kalau boleh menjahit sendiri...

Biasanya kalau dah namanya tukang jahit, baju sendiri mesti tak siap atau last minit nak raya baru siap... keadaan tu biasa bagi tukang jahit.. Tahun ni aku raya pakai jubah arab dari mekah.. =)
...alhamdulillah rezeki aku masuk bulan ramadhan ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails